16 May 2014

Happy Educator's Day!


Selamat Hari Guru buat warga pendidik di seluruh Malaysia. "Guru pencetus kreativiti, penjana inovasi". Tema Hari Guru bagi tahun 2014 yang telah dipersetujui oleh Menteri Pendidikan Malaysia bagi tema sambutan Hari Guru kali ke-43. 16 Mei setiap tahun sememangnya diingati oleh mereka yang bergelar pelajar. intro agak skema hehe 

Happy Teacher's Day! Your work is greatly appreciated teacher :) May Allah grant you with happiness, blessings and longevity. Inshaa allah. Terima kasih cikgu kerana mengajar saya selama ini. Moga diberkati selalu dan tetaplah menjadi pelita untuk anak bangsa. Salam Hari Pendidik buat guru-guruku sejak dari Taski Al-Rahmat, Sekolah Kebangsaan Kamil3, Sekolah Kebangsaan Seri Kemudi, Sekolah Menengah Bachok dan seterusnya Sekolah Menengah Sains Setiu. Jasamu takkan mampu ku balas cikgu. Hanya doa mengiringimu sampai bila-bila :)

Thankyouu cikguuuuuu :D

Tahun ni rasa awkward sikit nak sambut Hari Guru. Dah jadi SPM leavers kan. Dah takdapat nak merasa celebration Hari Guru dekat sekolah. Dengan gimik bagai dan macam-macam la. Yang penting video batch. For sure video batch kitorang (excellent infinity 1213) yang paling hot sekali. HAHA. Pioneer kann *flip hair* hehehe. Kasi gempak nama batch sikit :p Para juniors jangan jelesss ye. Hehe. Okay, throwback cerita semalam. Tahun lepas merupakan tahun yang terakhir bagi kami pelajar Form5 SAIS. Selama 2tahun kami berkongsi suka dan duka, gelak sakan bersama-sama kengkawan, belajar berdikari, prep sesame, makan-makan dan lepak sambil tengok panorama sekitar kawasan sekolah yang indah nian pada waktu petang. Okay, serious cakap rindu time sekolah T.T  



16 Mei 2014. "Selamat Hari Guru Cikgu!". Ucapan yang hanya mampu terucap melalui text messages sahaja. Hanya ini menjadi tanda bahawa dirimu sentiasa diingati wahai guru. Tak kesampaian nak titip hadiah dan kad ucapan :( The most important thing, make du'a for them. May Allah bless them beyond and infinity. Appreciate their hardwork. Terima Kasih Cikgu! Kaulah penyuluh hidup kami. Bimbinglah kami untuk kejayaan yang cemerlang :) Cikgu-cikgu semua macam lilin. Rela berkorban untuk memastikan hidup aku esok-esok tidak berada dalam kegelapan walaupun aku antara pelajar yang tip top dengan perilaku yang nakal-nakal. Thankyou cikgu!

"Hak guru lebih agung dari hak ibu bapa, sebab orang tua penyebab adanya kita sekarang dan kehidupan yang fana, sementara guru, penyebab hidup yang kekal. Sekiranya tidak ada guru, nescaya apa yang dihasilkan dan diarahkan oleh orang tua celaka selamanya". - Imam Al-Ghazali 




No comments:

 
copyright.nazifahnasir.blogspot.com